Hidup di muka bumi Allah jangan sesekali kita menjadi SOMBONG. Kenapa? Sebab sombong tu bukan sifat kita sebagai manusia.
Betul ke kita SOMBONG? Tanya pada diri masing-masing. Kalau tidak Alhamdulillah. Saja jea nak testing. Hehe
Baru lepas tengok ceramah UAI. Popular benar Ustaz neh. Seantero dunia dengar ceramah dia bagi yang faham. Lau tak kenal tu wajib kenal. Koleksi ceramah dia bagus untuk semua golongan muda-mudi macam aku. wiwink
Pasal Isu Doa Kehancuran. Erm dah lama aku curious boleh ke tidak umat islam berbuat demikian seperti yang pernah kita dengar ada sebilangan mereka yang berdoa ramai2 dan memohon kehancuran parti lain. Ni semua ada kaitan dengan politik lah! Tak mahu gaduh-gaduh. Aman oke!
Jawab ustaz Azhar Idrus berdoa perlu yang baik-baik saja. Tak boleh yang tidak baik. Tetapi persoalanya jika ada manusia yang berbuat jahat/zalim kepada kita boleh ke kita berdoa kehancuran untuk mereka? Beliau kata ada 2 jenis doa bagi mereka yang berbuat jahat kepada kita.

2 jenis doa neh based on pendapat ulama'. Bukan pandai-pandai jea oke.
Yang pertama doa 'afdhal' iaitu doa Rasulullah S.A.W. Doa neh kita berdoa supaya diberi hidayah dan petunjuk kepada mereka.
Yang kedua doa Nabi Nuh A.S iaitu doa 'harus'. Doa supaya Allah turunkan bala. Doa untuk menurunkan bala bagi mereka yang berbuat jahat adalah harus.
Maksudnya kita diharuskan berdoa kehancuran bagi mereka yang berbuat zalim kepada kita. Contohnya perompak pergi merompak ke rumah kita. Si perompak tu bukan setakat mencuri tapi merogol,membunuh ahli keluarga kita. oleh itu, adalah harus jika kita mahu berdoa supaya perompak tadi ditimpa kecelakaan.
Korang nak link. Nah link. Enjoy~ http://www.youtube.com/watch?v=QI0rvrPmqmo
Neh la sebab aku suka dengar ceramah UAI. Setiap soalan yang beliau jawab relate dengan Al-Quran,Hadith dan Ulama'. Pastu beliau bagi jawapan straight to the point. Senang paham. Sebab aku susah nak fokus. Jadi dengan lawak lagi automatik la boleh ingat.

Tapi tak bermakna ustaz ngan ustazah yang lain tak oke. Ceramah-ceramah lain pon best-best jugak macam Ustaz Kazim Eliaes, Ustazah Fatimah Az-Zahra, Ustaz Badlishah Alaudddin, Ustaz ngan Ustazah dalam semanis kurma tu dan ramai la.
Untung dapat jadi pendakwah boleh sampaikan apa yang kita belajar dekat orang ramai. Nak belajar agama bukan lepas sekolah jea terus stop. Banyak lagi benda yang kita tak tahu.
Nenek aku selalu cakap "walau banyak mana kita guna dakwat habis air di laut pon untuk belajar ilmu Allah ney ia tidak akan cukup". Ney bukti betapa luas ilmu Allah S.W.T. Dan sudah berapa banyak sangat la yang kita tahu. Tetapi yang kita tidak tahu? Subhanallah.
So, apa susah. Manusia semakin bijak, kemudahan semakin canggih. Jadilah pengguna yang bijak yeap!